Thursday, January 17, 2008
Tuesday, May 17, 2005
Sunday, April 17, 2005
Wednesday, April 13, 2005
Friday, December 17, 2004
Bermulalah fasa baru...
"Seiring..sejalan.."
AlhamduliLlah Fateh telah selamat memulakan tugas sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej di bandar KB. Baru-baru ini Fateh pulang bercuti hujung minggu..tengok-tengok cuti dia bersambung kerana bandar KB bah besar!! Terpaksa menambah cuti sehari daripada cuti yang diberi oleh kolej.
Perancangan asal, Fateh dan Janna akan memulakan sesi pertama perpindahan ke rumah baru di KB, tetapi Allah Maha Mengetahui, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Terpaksalah Janna menangguhkan pemergian ke sana kerana rumah yang bakal diduduki juga dilanda banjir..
Perancangan asal, Fateh dan Janna akan memulakan sesi pertama perpindahan ke rumah baru di KB, tetapi Allah Maha Mengetahui, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Terpaksalah Janna menangguhkan pemergian ke sana kerana rumah yang bakal diduduki juga dilanda banjir..
"Seiring..sejalan.."
Monday, November 01, 2004
Tuesday, September 21, 2004
Pulang (Part 1)
Bismillah..walhamdulillah..
Akhirnya aku diberi izin oleh Allah untuk menulis kembali dalam ruangan yang sempit ini..
Seakan aku tak percaya rupanya dah 2 minggu aku berada di tanahair..tak percaya sungguh! Dalam erti kata lain aku juga telah diizinkan Allah menghabiskan pengajian aku di Jordan. Kini sekeping ijazah telah aku terima. Ijazah tu tak dapat aku genggam sebab dia tak gulung dalam skrol..hehehe.. (baru ijazah pertama..alahai..)
Apapun aku bersyukur setelah berbagai rintangan aku lalui akhirnya aku diizinkan Allah untuk kembali ke tanahair bersama keluarga yang tercinta..
Menceritakan pasal pengajian aku semester lepas, aku cuma belajar dalam semester pendek lebih kurang 40 hari sahaja..pejam celik pejam celik rupanya dah sampai final exam. Rasanya exam kali ni adalah exam aku yang paling relaks..tanpa tekanan, sebab semuanya subjke teras yang aku ambik..Alhamdulillah sekali lagi isteri aku banyak membantu...keputusan aku alhamdulillah sangat baik dalam sem ni..Tup tup aku grad dah..buat urusan sana sini sikit dekat jamiah, dapatla aku transkrip yang mengesahkan aku menerima ijazah aku. Pejam celik pejam celik lagi rupanya sampai dah hari aku berangkat pulang..aku dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen hanya akan diadakan pada bulan 1 2005 nanti..takpelah, aku pun bukan teringin sangat nak hadir majlis konvo tu nanti..janji aku dah dapat transkrip dan pengesahan tamat pengajian aku..
Seminggu sebelum aku dan isteri balik, kami dah mula mengemaskan rumah. Isteri aku nampak excited..tak sabar nak balik katanya..maklumlah kali pertama berpisah jauh daripada keluarga..hehe..jangan mare sayang! Fuh! Banyak juga rupanya barang aku yang kena dikemaskan..
Penat jugak dalam seminggu tu aku mengemas. Hari yang dinanti-nanti pulak semakin hampir..Isteri aku bekerja keras mengemas..aku yang menengok pun tumpang gembira dengan gelagat isteri aku..
Tapi tanpa disangka-sangka, malam di mana keesokannya kami akan berangkat, isteri aku diserang penyakit asmanya..lelahnya agak teruk malam tu. Pelik, itulah kali pertama isteriku diserang lelah sejak tiba di Jordan...aku yang kali pertama melihat isteriku diserang lelah sejak berkahwin tidak dapat melelapkan mata...
bersambung...










