::Sekilas Perjalanan Hidupku::

-fatehmuntazar-

Saturday, July 17, 2004

Bismillah..walhamdulillah..

Tiada apa yang dapat aku lafazkan selain kesyukuran terhadap ALlah subhanahu Wa Taala..

Berita gembira yang kuterima seminggu lepas..aku bakal bergelar ayah! Pemeriksaan yang kami jalankan mengesahkan isteriku positif..

Pemeriksaan yang dijalankan seterusnya, ultrasound dijalankan. Ahh!! Terharunya aku melihat bayi yang berada dalam kandungan isteriku. Doktor yang menjalankan pemeriksaan pun baik orangnya..siap melawak lagi..masa dia tunjukkan imbasan bayi tu, dia kata, "Jump! Jump!" Aku pun sungguh-sungguh tengok ingat bayi tu nak lompat..yela..macam kita tengok seekor katak dalam kolam kan, bila kita kata "lompat!", lama kelamaan dia akan lompat jugak..maka aku yang terkedu, terharu dan tergamam tengok kandungan tu tanpa berfikir pun mengharapkan dia akan lompat gak dalam tu! Apala aku ni! Tak terfikir lak! Kang kalau dia melompat terkejut beruk plak aku..heheh. Maklumlah, pertama kali aku tengok depan mata..million kisses untuk isteriku

Aku berdoa pada ALlah mudah-mudahan anak yang dikandung isteriku normal, sihat walafiat dan tidak punyai masalah menjelang kelahiran nanti. Paling penting, semoga anak-anakku bakal menjadi mujahidin dan mujahidah yang berjuang menegakkan Islam hingga ke titisan darah yang terakhir. Mudah-mudahan mereka lebih baik dari aku (baik ke aku ni?:)

Seperkara yang menggembirakan aku, exepcted due date ialah pada Januari, sama bulan dengan kelahiran aku! Err..cuma aku lahir pada bulan Januari tu sebab tak cukup bulan. Aku lahir selepas dalam kandungan 7 bulan."Tak sabar tengok dunia", kata mak aku.

Pada teman2 dan sahabat yang mengunjungi catatan aku ni, doakan kami sekeluarga, dan aku dapat pulang ke Malaysia sepertimana yang dijadualkan..La 7aula Wala Quwwata Illa Billah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home