::Sekilas Perjalanan Hidupku::

-fatehmuntazar-

Saturday, July 03, 2004

Update! Update!..seruan tu tiba tatkala tiap kali aku menjenguk weblog aku..entahla..cam takde semangat lak aku nak update..lagipun cam takde berita yang best nak aku tulis..

By the way, cuti aku pun dah habis..aku pun dah mula sekolah balik..Jamiah yang paling awal bukak kalau tak silap aku..Tapi masa2 nilah masa2 orang bertandang ke Jordan ni. Sesuai dengan summer yang takla panas sangat macam di negara Arab yang lain, Jordan dan sekitar bumi Syam ni boleh dikatakan tempat tumpuan orang bertandang sempena cuti. Tak kurang yang datang atas sebab2 menghadiri conference, bisnes, transit umrah dan sebagainya.

Minggu lepas, sorang sahabat aku dari Kuwait datang ziarah ke sini. Kawan aku sejak tadika lagi. Mula2 aku jumpa dia macam tak caya je. Travel dengan darat dari Kuwait naik bas punya jauh tu bawak satu beg kecik dengan pakai selipar jepun je! Simple mamat ni!

Awal minggu ni pulak, aku ditugaskan untuk ambik 2 orang kawan mak aku yang datang ke Jordan ni atas urusan rasmi. Flight dijangka sampai 4 pagi. Seawal jam 2 pagi aku bertolak ke airport yang jaraknya lebih kurang 130km dari tempat aku (Irbid) dengan kereta sewa. Bersama aku, kawan aku yang bertindak sebagai co-driver dan isteri aku di belakang. Berdebar jugak aku nak drive, maklumlah rasanya dah 8 bulan aku tak bawak kereta sejak balik ke sini bulan 10 yang lalu. Left hand-drive lak tu. Teringat aku masa mula2 driving di sini dulu, kekok jugak nak biasakan left-hand drive. Siap berlatih dulu tu! Masa mula2 drive kalau nak tukar gear tu mesti terpegang pintu sebab gear sebelah kanan, gear kat Malaysia plak belah kiri. Mengaum-ngaum kereta tu sebab lambat tukar gear. Pastu, 2-3 kali gak aku terbabas silap lorong, sebab kat Malaysia kita drive lorong belah kiri, sini pulak lorong sebelah kanan. Nasib baik takde kereta! Alhamdulillah, lama2 biasalah aku bawak kereta kat sini.

Dalam perjalanan pergi, 2 kali aku ditahan polis. Agaknya tengah2 malam buta, polis2 ni boring takde kerja kot, sebab tu dia tahan kereta aku..ada jugak kerjanya sikit. Lepas dia cek lesen dan permit kereta sewa aku, terus dia suruh aku jalan. Balik ke Irbid pun begitu jugak, aku kena tahan sekali lagi. Mungkin polis tu warm-up pagi2 kot, sama jugak macam tadi, dia cek lesen dan permit, pastu suruh jalan. Nasib baik takde apa2 kesalahan yang boleh menyebabkan aku disaman. Cerita pasal saman ni pulak, sepanjang aku kat Malaysia aku tak pernah disaman. Alih2 kat Jordan ni pulak aku pernah kena saman sebab langgar speed limit, jalan 70km/j aku bantai 120km/j. Heh, padan muka aku! Itupun sebab aku nak cepat ada benda urgent yang perlu aku selesaikan di MSD. First time kena saman, melayang 15 dinar..Agaknya saman tu ada badi dia kot..kat Malaysia baru ni (tahun lepas) aku kena pulak saman ekor..on the way ke airport. Adus!! RM300 tu..pulak tu pakai kereta mak aku..tak pasal2 kereta mak aku aku ada rekod kena saman..

Cerita pasal driving ni, aku cukup minat kalau drive selepas tengah malam membawa ke pagi. Aku sendiri masa aku belajar di kolej di Kelantan dulu, ada jugak 5-6 kali aku drive ulang alik Klang-KB dan KB-Klang. 2-3 daripada tu, aku drive sorang2. Kalau aku bertolak ke KB atau ke Klang hari mesti dah malam. Paling awal pun mesti petang di ambang Maghrib. Kadang2 sampai pukul 3 pagi, 8 pagi pun ada. Kalau company Bas Mutiara tau mesti dia offer aku jadi drebar dia, sebab tak payah dia hire 2 orang untuk satu trip, sebab aku satu trip boleh drive sorang2..hehe..tapi sure lepas tu mesti terbongkang kepenatan..

Bagi aku driving selepas tengah malam ni ada ketenangan dia yang tersendiri. Dunia yang sunyi sepi membolehkan aku untuk menikmati ketenangan yang tidak ada pada waktu siang. Maka sebab tulah, waktu qiamullail yang paling sesuai pada 1/3 atau 2/3 malam. Ketenangan yang hadir sukar untuk digambarkan..(orang lain qiamullail pagi2..aku pulak driving..heh..) Malam punya sejuta rahsia yang tersimpan (bak kata kumpulan Hijjaz)..dan cahaya lampu yang menyuluh lurus ke hadapan dalam kegelapan malam ada abstraknya yang tersendiri..juga malam bebas dari udara kotor yang terhasil dari ekzos2 kenderaan yang banyak pada waktu siang..

Walaubagaimanapun, driving malam perlukan persediaan yang secukupnya terutamanya perjalanan yang jauh (Klang-KB contohnya). Aku mesti akan bawak torchlight, kain kotor, toolbox dan air paip paling kurang 2 botol. Sebelum tu yang semua orang sedia maklum, mesti pastikan condition kereta dalam keadaan elok, brek, air radiator, minyak hitam, lampu etc..dah selesai semua tu, tawakkal 3alallah..

Bapak aku bagi petua, kalau driving malam, kalau tak bersembang banyakkan baca ayat kursi dan 3 Qul. Baca sepanjang perjalanan..yela..malam kan penuh rahsianya..kita tak tahu halangan apa yang merintang..mudah2an ALlah melindungi perjalanan yang di dalamnya sentiasa ada ingatan pada ALlah. Kalau ada seorang yang berjaga pun, mintak dia baca ayat kursi dan juga 3 QUl. Kalau semua jaga elok semua baca..tapi tak payahla baca kuat-kuat macam budak-budak belajar menghafal tu..baca pelan2 udahle..

Dan satu lagi petua, bila dah driving dari tengah malam hingga ke pagi, elakkan dari driving selepas naik matahari subuh pagi tu sejam dua. Sebab pertukaran dari malam ke siang telah merubah suasana pemanduan dan jugak frekuensi tubuh. Pemanduan yang berterusan dari tengah malam membawa ke siang walaupun dirasakan tubuh masih mampu dikhuatiri akan menjejaskan tumpuan dan seterusnya mengakibatkan kecelakaan.

Berbalik kepada cerita aku di atas tadi, selepas naik matahari dalam perjalanan balik ke Irbid, aku drive sekejap. Dalam hati aku, aku berniat nak mintak co-driver aku ganti lepas beberapa kilometer. Tapi alih2 aku toleh belah kanan aku, tengok aku punya co-driver dah sedap lentok macam tidur atas katil! Cis! Nak gerak kesianla pulak..akhirnya aku gak yang drive sampai semula ke Irbid. Sampai je di rumah..letak je kepala aku terus belayar..maklumla..sebelum bertolak tu pun aku tak dapat langsung nak lelapkan mata..tapi yang penting..alhamdulillah sampai dalam keadaan selamat..

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT..INGATLAH INSAN YANG TERSAYANG..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home